SK JENGKA 2 CEMERLANG 2012

20 November, 2013

Tahniah kepada pelajar cemerlang kerana telah memecah rekod UPSR. Seramai 13 orang mendapat 5A satu pencapaian yang terbaik setakat ini. Tahniah juga kepada semua guru yang telah berjaya menjadikan pelajar ini berjaya mendapat 5A. 2013 akan menjadi sejarah namun perjuangan masih perlu diteruskan semoga semua pelajar yang lain menjadikan ia sebagai contoh untuk berjaya.

24 Jun, 2013

Peranan Guru Pendidikan Islam sebagai mudarris, murobbi dan mursyid


Peranan Guru Pendidikan Islam sebagai mudarris, murobbi dan mursyid
Mudarris
Mudarris dikaitkan dengan tugas guru yang melaksanakan peranan membimbing dan mendidik. Seorang mudarris merupakan individu yang mampu mendidik murid-muridnya sehingga benar-benar berpengetahuan dan mendapatkan pengajaran (learned and learnt) tentang sesuatu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya. Murid yang terdidik bukan sahaja memperolehi ilmu pengetahuan tetapi dapat memahami perkara-perkara yang tersirat daripada bahan yang dipelajari. Ini bermakna murid terdidik, jika dilihat dari perspektif Taksonomi Bloom, sebenarnya telah mencapai ke tahap mampu untuk mengaplikasi dan melakukan analisis tentang perkara yang diperolehi daripada gurunya. Sekali gus menggambarkan peranan seorang Mudarris ialah membimbing dan mendidik murid untuk sampai kepada darjah pemikiran sekurang-kurangnya pada peringkat aplikasi hingga ke tahap penilaian iaitu berkeupayaan untuk membuat pertimbangan antara baik dan buruk, antara benar dan salah, antara berfaedah atau berguna dan tidak, antara kebajikan dan kerusakan. Sejauh mana sebenarnya guru Pendidikan Islam telah melaksanakan peranan sebagai mudarris atau sekadar menyampaikan ilmu dan kemahiran setakat pengetahuan dan kefahaman? Jawapannya ada pada diri guru itu sendiri.

Dengan mengajar sehingga tahap aplikasi, sintesis dan penilaian, bermakna peranan seorang Mudarris juga ialah mempertingkatkan keupayaan murid untuk berfikir pada tahap tinggi yang dapat membolehkan murid membuat keputusan berdasarkan kriteria, syarat dan situasi mengikut konteks serta mampu untuk membuat keputusan yang boleh mendatangkan faedah atau kesan positif kepada dirinya dan orang lain (termasuk persekitarannya). Tidak akan sampai ke tahap Mudarris seorang guru yang sekadar menyampaikan atau memindahkan ilmu pengetahuan (masih terdapat ramai individu yang berilmu pengetahuan tentang perlakuan yang tidak baik dan boleh merusakkan tetapi masih terus berkelakuan demikian – contohnya amalan rasuah). Untuk melaksanakan peranan seorang Mudarris, guru Pendidikan Islam perlu berfungsi sebagai seorang pendorong, fasilitator, pemandu / pembimbing, jurulatih yang berkesan, agen perubahan sosial dan pembentuk budaya masyarakat.

Guru sebagai pendorong (motivator)
Di kalangan murid terdapat mereka yang kurang berminat serta tidak terdorong untuk belajar atas faktor pada diri murid serta persekitarannya. Masih terdapat ramai murid yang masih kabur tentang tujuan mereka ke sekolah. Sesetengah murid ke sekolah untuk memenuhi tuntutan pendidikan. Terdapat juga yang ke sekolah untuk berkawan dan berseronok. Sekolah juga dijadikan tempat untuk melepaskan diri daripada kongkongan dan peraturan keluarga. Seorang mudarris perlu peka dengan matlamat atau motif kanak-kanak bersekolah dan membetulkan matlamat yang salah melalui dorongan untuk belajar agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi kerenah kehidupan.

Malas merupakan satu sifat yang memang terdapat di kalangan murid. Sifat ini perlu dinyahkan daripada murid dan mereka seterusnya didorong untuk mengambil peluang sebaik-baiknya agar menuntut ilmu dan kemahiran seperti yang telah diwajibkan sepada setiap muslimin dan muslimat. Setidak-tidaknya seorang mudarris akan mengajar dan meminta muridnya untuk menghayati doa meminta perlindungan Allah dari sifat malas dan berusaha menjadi murid contoh yang rajin dan bersungguh-sungguh.

Guru sebagai fasilitator / pembimbing
Peranan mudarris juga ialah dengan menjadi pembimbing di sisi murid. Ini bermakna, dari perspektif konstruktivisme, seorang mudarris hanya akan menyediakan perancah, iaitu asas kepada sesuatu konsep atau idea sebagai panduan yang akan digunakan oleh murid. Seterusnya murid akan digalakkan untuk meneroka dan membina ilmu pengetahun dan kemahiran secara aktif melalui aktiviti kolaborasi dan koperatif bersama rakan dan guru, di samping memperibadikan proses pembelajaran. Sebagai pembimbing, mudarris akan menyokong dan membimbing murid melalui proses perubahan yang sukar dan kompleks.

Guru sebagai agen sosial dan agen perubahan
Peranan mudarris selaku agen sosial memerlukan ia menguruskan interaksi sosial di dalam bilik darjah dalam lingkungan batas-batas akhlak. Interaksi dan perhubungan sosial yang bersifat perkembangan akan membolehkan murid bekerjasama sebagai satu pasukan melalui pembelajaran koperatif dan kolaboratif (Akhiar dan Shamsina, 2012).

Sebaliknya, selaku agen perubahan pula, seorang mudarris perlu mengajar rakan-rakan sekerja serta murid bagaimana melakukan inovasi melalui perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan. Contohnya, penggunaan alat komunikasi dan teknologi maklumat secara berkesan dan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menambahbaik budaya sekolah, bilik darjah dan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta membina ahli komuniti sekolah yang berdaya maju dan mementingkan ilmu serta perkembangan akhlak.

Murobbi
Selain mengajar, menyampaikan ilmu, mendidik serta membimbing murid, seorang guru Pendidikan Islam perlu melaksanakan peranan mengurus dan mengatur persekitaran bilik darjah (fizikal dan suasana) dan tingkahlaku murid, selain menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran (termasuk pengurusan pentaksiran murid). Seorang Murobbi seharusnya mampu untuk berfikir, melakukan inovasi atau menghasilkan idea-idea baru berkaitan kaedah dan teknik pembelajaran. Sekali gus, seorang Murobbi adalah seorang penyelidik yang akan merefleks amalan bekerjanya dan berusaha untuk menambahbaik amalan tersebut demi kejayaan dirinya serta murid-muridnya. Seorang murobbi menyedari akauntabiliti terhadap profesion, rakan sekerja, murid, ibu bapa serta masyarakat. Juga meletakkan pengabdian terhadap Allah sebagai nilai pusat (centre of value) profesion yang dipegang. Ini bermakna seorang murobbi menyedari tentang kesalahan dan dosa seandainya mengabaikan tugas (sense of guilt and sense of sin).

Guru sebagai pengurus
Seorang murobbi perlu menguruskan pengajarannya serta pembelajaran murid, menstrukturkan bilik darjah agar terjana persekitaran pembelajaran yang kondusif. Tidak terkecuali seorang morobbi juga bertanggungjawab terhadap peranannya dalam bidang pengurusan pejabat dengan melakukan tugas-tugas perkeranian seperti menyemak buku latihan, menyemak kertas ujian, merekodkan kemajuan murid, menyimpan fail dan sebagainya. Untuk menjadi seorang pengurus pendidikan yang baik, seorang murobbi perlu memiliki portpolio profesional serta catatan refleksi amalan yang bertujuan untuk memcari peluang membuat penambahbaikan.

Guru sebagai penyelidik dan kopelajar (colearner)
Peranan murid pada masa kini tidak hanya setakat belajar atau menerima ilmu daripada guru tetapi sebagai peneroka ilmu pengetahuan dan mendapatkan makna perkara yang dipelajari itu dalam dunia sebenar. Justeru itu, peranan murobbi turut berkembang apabila perlu meneroka kaedah dan teknik pengajaran yang baru serta menghasilkan strategi yang lebih tepat dan sesuai mengikut konteks dan situasi. Hal ini hanya boleh dilakukan sekiranya murobbi melaksanakan tugas sebagai penyelidik iaitu dengan mengenalpasti kelemahan diri serta peluang peningkatan serta memahami masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan mula peluang yang terbaik untuk membantu proses pembelajaran murid melalui penambahbaikan amalan sendiri.

Mursyid
Seorang Mursyid merupakan seorang guru yang telah sampai ke tahap menjadi pakar rujuk, berkeupayaan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah pendidikan yang tidak dapat dilakukan oleh guru-guru lain. Bilangan guru yang mampu melaksanakan peranan mursyid adalah terlalu sedikit kerana guru berkenaan perlu dapat melaksanakan peranan sebagai Muallim, Mudarris, Muaddib dan Murobbi selain membudayakan dirinya untuk terus belajar, membuat penyelidikan, melaksanakan penambahbaikan pada ilmu dan amalannya serta meningkatkan darjah ketakwaan kepada Allah. Dengan segala peranannya itu, seorang mursyid akan dapat menunjukkan kebenaran kepada murid serta rakan sekerja agar redha dan mendapat keredhaan daripada Allah swt.

Seperti yang telah dijelaskan bahawa peranan sebagai penyampai risalah (rasul) hanya dikhususkan kepada individu pilihan Allah dari kalangan para nabi yang diutuskan secara khusus kepada kaum-kaum tertentu. Namun begitu, peranan untuk membina ummah akan diteruskan oleh para ulamak apabila Rasulullah saw menegaskan bahawa para ulamak merupakan waris para nabi. Waris di sini tidak disandarkan kepada pertalian persaudaraan dan tidak juga penjawatan tetapi kepada peranan dan tanggungjawab untuk menyebarkan, mendidik, membimbing umat agar hanya mempertuhankan Allah tanpa syirik, beriman dan patuh kepada tuntutan agama (perkara disuruh dan dilarang).

27 Januari, 2013

‎30 KEAJAIBAN SELAWAT...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.


14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

26 Oktober, 2012

Masjid adalah pasar akhirat...
✿ Buku adalah teman setia sepanjang masa...
✿ Amal baik adalah penghibur dalam kubur...
✿ Akhlaq yang baik adalah mahkota kemuliaan...
✿ Kemurahan hati adalah pakaian yang paling indah...

Takbir]

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.

Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh


Tazkirah:

BERKATILAH UMUR DENGAN 4 PERKARA:

Seandainya kita diberi umur untuk hidup oleh Allah hingga 50 tahun apakah yang akan kita lakukan untuk memanfaatkan umur tersebut? Andaikan umur kita saat ini sudah 45 tahun, maka baki umur yang tersisa ada 5 tahun lagi, jika hari ini kita telah pun berumur 49 tahun, bererti sisa umur kita ada 1 tahun lagi.

1 tahun itu adalah waktu yang sangat singkat, tidak terasa detik demi detik, malah minggu demi minggu lalu setahun itu telah pun berlalu, tidak terasa ajal sudah di depan mata, jadi bagaimanakah persiapan kita menjelang kehidupan hakiki yang penuh berkat?

Oleh yang demikian, Rasulullah SAW telah meninggalkan satu pesanan yang amat berharga buat kita semua sebagai umatnya. Baginda telah bersabda:

“Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada ibu bapa dan silaturahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan.”
(Hadis riwayat Abu Naim).

Dengan ini, 4 perkara di atas sangat perlu dititikberatkan oleh kita semua sebagai umat Islam dalam meraih keberkatan hidup dan keredhaan Allah demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Maka seharusnya kita jadikan elemen tersebut sebagai
“the way of life”.

#Penulis ialah Pelajar Tahun 3, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
By: Tuan Zairah Tuan Mat

Source: IslamItuIndah.my
➫ Hidup adalah tantangan, hadapilah. ✔
➫ Hidup adalah sebuah pemberian, terimalah. ✔
➫ Hidup adalah sebuah petualangan, tantanglah. ✔
➫ Hidup adalah sebuah duka cita, tanggungilah. ✔
➫ Hidup adalah sebuah tragedi, akuilah. ✔
➫ Hidup adalah sebuah tugas, laksnakanlah. ✔
➫ Hidup adalah sebuah lagu, nyayiknlah.✔
➫ Hidup adalah sebuah perajlanan, lengkapilah. ✔
➫ Hidup adalah sebuah janji, penuhilah. ✔
➫ Hidup adalah sebuah teka-teki, pecahknlah. ✔
➫ Hidup adalah sebuah cita-cita, capailah. ✔

✰ Dan hidup adalah ibadah, itulah yang terpenting. Hiduplah hanya untuk dan karena Allah SWT semata. InsyaAllah... Aamiin ✰