Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

UPSR, PMR mungkin dimansuh

ARKIB : 21/06/2010 UPSR, PMR mungkin dimansuh Oleh KAMIL MASLIH pengarang@utusan.com.my _______________________________________ MUAR 20 Jun – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mungkin dimansuhkan kerana sistem pembelajaran kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding memberi pendidikan holistik kepada pelajar. Bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikekalkan sebagai satu-satunya peperiksaan awam di sekolah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan kini sedang mengkaji dengan teliti cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu sebelum membuat keputusan muktamad. “Di Malaysia, kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Umumnya sepanjang 11 tahun murid masuk ke sekolah ada tiga peperiksaan awam. Ada pihak berpendapat ini menyebabkan cara pembelajaran lebih menjurus usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam. “Maka sebab itu di Malaysia selain di sekolah, ibu bapa han

influenza A jenis H1N1, H1N2, H3N1, H3N2, and H2N3.

Selesema babi merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia. Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi w

PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH

PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH Last Updated on Monday, 12 April 2010 22:24 Written by JJ Wednesday, 17 February 2010 00:00 Estacy Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengisythiarkan 19 FEBRUARI pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Sehubungan itu, semua sekolah diminta melaksanakan Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah bermula 19 FEBRUARI hingga 31 MAC 2010. Tema sambutan pada tahun ini, " 1 Malaysia Membanteras Dadah". Sila laksanakan aktiviti yang bersesuaian menjurus mesej antidadah. Kerjasama semua sekolah untuk membuat laporan bergambar program dan aktiviti Minggu anti dadah Peringkat sekolah dan dihantar ke PPD Maran (untuk perhatian En Mohd Jasmi bin Jaafar, Pegawai Khas PPDa (DADAH))

KUASA MINDA

Ahli-ahli kuantum fizik melalui kajian mereka bersetuju bahawa tuhan telah menjadikan alam ini dengan pelbagai sistem (contohnya sistem orbit, sistem matahari, sistem masa dan ruang dan pelbagai sistem lagi…) dan kesemua sistem ini dianugerahkan kepada manusia sebagai khalifah bagi menguruskan dunia ini. Hanya dengan kuasa minda melalui kekuatan minda super separa sedar mampu beinteraksi terus kepda sistem ala mini. Minda manusia mempunyai getaran yang mampu mengarahkan sistem alam ini merealisasikan apa yang manusia inginkan. Paling tidak pun sistem tersebut akan datangkan kepada manusia jalan atau peluang bagi mencapai apa yang manusia tersebut inginkan. Minda manusia bukan sahaja mampu menghantar isyarat kepada sistem alam malah minda manusia mampu menggerakkan dirinya sendiri bagi mencapai apa yang mereka impikan. Seseorang yang penakut diubah menjadi berani, yang kurang keyakinan diubah menjadi yakin, yang malas diubah menjadi rajin dan banyak lagi dengan kata lain yang negatif di

Kejohanan Badminton MSSD Zon Jempol

Kejohanan Badminton MSSD Zon Jempol yang berlangsung di Balora Mastika Bandar Jengka telah dijalankan dengan lancar sekali. Dalam pertandingan ini Perseorangan lelaki bawah 12 tahun telah dimenangi oleh Ariff Fahmi dari SKJ2 telah menjadi johan.Bagi Acara bergu lelaki, Al Fayed dan Syammizat pula SKJ2 mendapat tempat ke 2 dan bergu perempuan, Danisa dan Nini pula mendapat tempat ke 3. Tahniah kepada pasukan badminton SKJ2 kerana telah berjaya menjadi Johan.

Mesyuarat Agung PIBG sesi 2010/2011

29 Mac 2010, jam 3.00 petang Msyuarat Agung SKJ2 kali ke 27 sesi 2010/2011 telah dijalankan dengan lancar sekali. Walaupun tanpa kehadiran mantan YDP dan NYDP kerana ada tugas yang tidak dapat dielakkan disaat akhir. Tahniah kepada AJK PIBG sesi 2010/2011 yang baru dilantik. semoga permasalahan berkenaan dengan jalan belakang dapat diselesaikan dengan segera untuk keselamatan dan keselesaan murid-murid dan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka kesekolah.

KOS 2010-7 MAC 2010

PADA 7 MAC 2010..KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA (KOS) TELAH BERLANGSUNG DENGAN MERIAH SEKALI. KOS 2010 TELAH DIRASMIKAN OLEH YB DATO HAJI ISMAIL, AHLI PARLIMEN MARAN. KEHADIRAN PENJAGA DAN IBU BAPA TELAH MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS INI. PELBAGAI AKTIVITI TELAH DIPERTANDINGKAN. WALAUPUN LETIH KERANA SUDAH SEMINGGU MENJALANKAN AKTIVITI SUKAN TETAPI SEMUA GURU TETAP MEMBERIKAN KOMITMEN YANG SANGAT BAIK UNTUK MENJAYAKAN TEMASYA INI. TERIMA KASIH PIHAK SKJ2 UCAPKAN KEPADA PENDERMA YANG TELAH SUDI MEMBANTU PIHAK SKJ2. BEGITU JUGA IBU BAPA DAN PENJAGA YANG DATANG MEMBANTU MENGHIAS RUMAH SUKAN ANAK-ANAK MEREKA. TIDAK LUPA KEPADA PERSATUAN IBU BABA DAN GURU SKJ2 YANG TELAH BANYAK MEMBANTU DAN MENGELUARKAN KOS SUKAN YANG AGAK BESAR PADA TAHUN INI. SOKONGAN BPARA BELIA JUGA AMAT BAIK KERANA TELAH SUDI MENJADI PEGAWAI SUKAN PADA HARI TERSEBUT. DAN TERIMA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANSUNG DAN TIDAK LANGSUNG. KEPUTUSAN KOS 2010 PADA TAHUN INI TELAH DIMENANGI OLEH RUMAH KUNING. UNTUK MELIHAT GAMBA2

Latihan KOS 2010

Bermula pada 3 Feb 2010, Latihan Kejohanan Olahraga dan Sukan akan diadakan seperti ketetapan berikut; Isnin : Rumah Biru Dan Merah Selasa : Rumah Hijau dan Kuning Rabu : Rumah Biru Dan Merah Khamis : Rumah Kuning dan Hijau Latihan padang dan balapan. Temasya Sukan akan diadakan pada 7 Mac 2010, Hari Ahad.

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH

Badan Pengawas dan Disiplin Sekolah S.K LKTP Jengka 2 tahun 2010 telah mengadakan Majlis watikah pelantikan Pengawas Sekolah pada 18/1/2010, hari Isnin, masa 7.45 pagi. Majlis ini telah disempurnakan oleh wakil pihak polis daerah Maran. Jawatankuasa Pengawas Sekolah 2010; ketua pengawas lelaki:Muhammad Amri Husaini bin Md Ashri Pen.ketua pengawas: Nazirul Arif B Mohd Azmi Ketua pengawas perempuan : Wirdanis Nur Alia bt Saharuddin Pen.Ketua : Wan Amirah Farhana Bt Rosdi Gambar Majlis Sila Rujuk laman Web...galeri

SELAMAT TAHUN BARU

SELAMAT BERTUKAR DAN SELAMAT DATANG

SELAMAT BERTUKAR KEPADA ; CIKGU NORMAH BT ABDUL AZIZ GPK HEM BERTUKAR KE PEKAN CIKGU NORHAYATI BT HASSAN BERTUKAR KE SELANGOR USTAZAH MANIS ISMAWATI BT ISMAN BERTUKAR KE SK NEW ZEALAND, MARAN BADARIAH BT TALIB PEMBANTU TADBIR BERTUKAR KE PEJABAT PELAJARAN DAERAH MARAN SELAMAT DATANG KEPADA; CIKGU MAZMIN BIN MOHAMAD GPK HEM CIKGU MOHAMAD KHAIRUL EFFENDY B OTHMAN - GURU BAHASA INGGERIS CIKGU SITI RAUDZOH BT HUSIN -GURU PRA SK YUSLIZAN BT MOHD YUSOF PEMBANTU TADBIR SK