Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Peranan Guru Pendidikan Islam sebagai mudarris, murobbi dan mursyid

Peranan Guru Pendidikan Islam sebagai mudarris, murobbi dan mursyid Mudarris Mudarris dikaitkan dengan tugas guru yang melaksanakan peranan membimbing dan mendidik. Seorang mudarris merupakan individu yang mampu mendidik murid-muridnya sehingga benar-benar berpengetahuan dan mendapatkan pengajaran (learned and learnt) tentang sesuatu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya. Murid yang terdidik bukan sahaja memperolehi ilmu pengetahuan tetapi dapat memahami perkara-perkara yang tersirat daripada bahan yang dipelajari. Ini bermakna murid terdidik, jika dilihat dari perspektif Taksonomi Bloom, sebenarnya telah mencapai ke tahap mampu untuk mengaplikasi dan melakukan analisis tentang perkara yang diperolehi daripada gurunya. Sekali gus menggambarkan peranan seorang Mudarris ialah membimbing dan mendidik murid untuk sampai kepada darjah pemikiran sekurang-kurangnya pada peringkat aplikasi hingga ke tahap penilaian iaitu berkeupayaan untuk membuat pertimbangan antara baik dan buruk, a