Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013
Tahniah kepada pelajar cemerlang kerana telah memecah rekod UPSR. Seramai 13 orang mendapat 5A satu pencapaian yang terbaik setakat ini. Tahniah juga kepada semua guru yang telah berjaya menjadikan pelajar ini berjaya mendapat 5A. 2013 akan menjadi sejarah namun perjuangan masih perlu diteruskan semoga semua pelajar yang lain menjadikan ia sebagai contoh untuk berjaya.

Peranan Guru Pendidikan Islam sebagai mudarris, murobbi dan mursyid

Peranan Guru Pendidikan Islam sebagai mudarris, murobbi dan mursyid Mudarris Mudarris dikaitkan dengan tugas guru yang melaksanakan peranan membimbing dan mendidik. Seorang mudarris merupakan individu yang mampu mendidik murid-muridnya sehingga benar-benar berpengetahuan dan mendapatkan pengajaran (learned and learnt) tentang sesuatu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya. Murid yang terdidik bukan sahaja memperolehi ilmu pengetahuan tetapi dapat memahami perkara-perkara yang tersirat daripada bahan yang dipelajari. Ini bermakna murid terdidik, jika dilihat dari perspektif Taksonomi Bloom, sebenarnya telah mencapai ke tahap mampu untuk mengaplikasi dan melakukan analisis tentang perkara yang diperolehi daripada gurunya. Sekali gus menggambarkan peranan seorang Mudarris ialah membimbing dan mendidik murid untuk sampai kepada darjah pemikiran sekurang-kurangnya pada peringkat aplikasi hingga ke tahap penilaian iaitu berkeupayaan untuk membuat pertimbangan antara baik dan buruk, a
‎30 KEAJAIBAN SELAWAT... 1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.) 2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah. 6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati da