PROGRAM NILAM PROJEK BACAAN SENYAP DAN KUAT Cadangan Tarikh : 7 April hingga 1 Oktober 2009 Cadangan Hari : Bahasa Melayu = Hari Selasa : Bahasa Inggeris = Hari Khamis Masa : 7.30 pagi Hingga 7.45 pagi (15 minit) Sasaran : Tahun 1 hingga Tahun 5 Rasional : 1. Program ini adalah untuk membantu dan membimbing murid-murid membaca dengan betul, berintonasi yang baik, sebutan yang jelas dan kelancaran membaca serta focus semasa membaca. 2. Program ini juga untuk melatih murid menjadi lebih berani untuk membaca dan bersedia tampil ke hadapan dan membaca dengan jelas serta yakin. 3. Pepatah Melayu ada berkata “kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya dan kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Objektif : 1. Melatih murid membaca dengan intonasi yang betul, tepat, jelas dan lancar. 2. Melatih murid berani membaca di hadapan khalayak ramai. 3. Mencari bakat-bakat baru dalam pertandingan bercerita, pidato dan lain lain lagi. 4. Menanam minat membaca dalam diri murid-murid