Langkau ke kandungan utama

program NILAM

PROGRAM NILAM

PROJEK BACAAN SENYAP DAN KUAT

Cadangan Tarikh : 7 April hingga 1 Oktober 2009

Cadangan Hari : Bahasa Melayu = Hari Selasa
: Bahasa Inggeris = Hari Khamis

Masa : 7.30 pagi Hingga 7.45 pagi (15 minit)

Sasaran : Tahun 1 hingga Tahun 5

Rasional :
1. Program ini adalah untuk membantu dan membimbing murid-murid membaca dengan betul, berintonasi yang baik, sebutan yang jelas dan kelancaran membaca serta focus semasa membaca.
2. Program ini juga untuk melatih murid menjadi lebih berani untuk membaca dan bersedia tampil ke hadapan dan membaca dengan jelas serta yakin.
3. Pepatah Melayu ada berkata “kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya dan kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.

Objektif :
1. Melatih murid membaca dengan intonasi yang betul, tepat, jelas dan lancar.
2. Melatih murid berani membaca di hadapan khalayak ramai.
3. Mencari bakat-bakat baru dalam pertandingan bercerita, pidato dan lain lain lagi.
4. Menanam minat membaca dalam diri murid-murid SK LKTP Jengka 2.
5. Melatih murid menyayangi buku dan menghormati buku.
6. Melatih murid menghargai hasil karya penulis dan menghayati nilai-nilai murni yang ada dalam cerita yang mereka baca.

Membentuk Kecerdasan
1. Kecerdasan Verbal linguistik (bahasa) yang merangkumi kecerdasan membaca menggunakan perbendaharaan kata, tulisan kreatif, perbahasan, dan bercerita.
2. Kecerdasan interpersonal – kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin dan berkomunikasi dengan berkesan.
3. Kecerdasan intrapersonal – merangkumi ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama, mendisiplinkan diri, dan kesedaran terhadap perasaan.
4. Kecerdasan naturalis.







Pelaksanaan :
1. Kos – tiada
2. Perhimpunan pada setiap hari Isnin dan Selasa, Khamis dan Jumaat. Isnin untuk perhimpunan sekolah, Selasa untuk perhimpunan membaca Bahasa Melayu, Khamis untuk membaca Bahasa Inggeris, Jumaat untuk Tazkirah Agama Islam.
3. Masa 7.30 pagi hingga 7.35 pagi membaca secara senyap, 7.35 pagi hingga 7. 45 pagi untuk bacaan secara kuat.
4. MINGGU 1 5A/2A/1A
MINGGU 2 5B/2B
MINGGU 3 4A/3A/1B
MINGGU 4 4B/3B




JAWATANKUASA PROGRAM PROJEK BACAAN NILAM 2009

Penasihat : Tn Guru Besar En A Karim B Manaf

Pengerusi : GPK 1 En Muzamil B Omar

Tim Pengerusi 1 : GPK HEM Pn Hjh Normah Abd Aziz

Tim pengerusi 2 : GPK KO En Mohamad Yassin B Jantan

Setiausaha : GPM En Zamri B Shamsuddin

Ketua Penyelaras Bacaan Bahasa Melayu : Guru Perpustakaan Pn Che Norizan Daud

Ketua Penyelaras Bacaan Bahasa Inggeris : Guru BBM Pn Norhayati Hassan

AJK :
1. Guru Bertugas Mingguan

2. Guru Bahasa Melayu

3. Guru Bahasa Inggeris

4. Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

sk jengka 2 di persada maya

selamat datang ke alam maya skj2...

influenza A jenis H1N1, H1N2, H3N1, H3N2, and H2N3.

Selesema babi merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia. Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi w...

KEJOHANAN PING PONG MSSD MARAN

JOHAN P12 NOR ARISSYA QASRINA NAIB JOHAN P9 QAIREEN KE 4 ABDUL HADI