Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tahniah dan Syabas

Pasukan Kriket dan ping pong Pasukan kriket Johan Daerah dan Tempat ketiga negeri. 2 orang pelajar SKJ2 dapat mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.(Arif Fahmi dan Alif Rohaimi). Pasukan Ping pong Johan Zon Jempol dan 2 dapat mewakili daerah ke peringkat negeri. Akmal Arif dalam kedudukan ketujuh negeri Pahang.
Salam Maulidur Rasul 2011 Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.. Salam Maulidur Rasul 2011 buat semua rakan-rakan. Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan. Hari ini bersamaan 15 Februari 2011 (12 Rabiul Awal 1432), kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah. Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jau...

UPSR, PMR mungkin dimansuh

ARKIB : 21/06/2010 UPSR, PMR mungkin dimansuh Oleh KAMIL MASLIH pengarang@utusan.com.my _______________________________________ MUAR 20 Jun – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mungkin dimansuhkan kerana sistem pembelajaran kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding memberi pendidikan holistik kepada pelajar. Bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikekalkan sebagai satu-satunya peperiksaan awam di sekolah. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan kini sedang mengkaji dengan teliti cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu sebelum membuat keputusan muktamad. “Di Malaysia, kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Umumnya sepanjang 11 tahun murid masuk ke sekolah ada tiga peperiksaan awam. Ada pihak berpendapat ini menyebabkan cara pembelajaran lebih menjurus usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam. “Maka sebab itu di Malaysia selain di sekolah, ibu bapa han...

influenza A jenis H1N1, H1N2, H3N1, H3N2, and H2N3.

Selesema babi merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia. Mereka yang bekerja dengan ternakan ayam dan babi terutama mereka yang terdedah secara langsung, berisiko dijangkiti dari haiwan tersebut sekiranya haiwan tersebut membawa jenis yang mampu menjangkiti manusia. SIV mampu bermutasi kepada bentuk yang membenarkannya menular dari manusia ke manusia. Jenis yang bertanggungjawab bagi w...

PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH

PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH Last Updated on Monday, 12 April 2010 22:24 Written by JJ Wednesday, 17 February 2010 00:00 Estacy Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengisythiarkan 19 FEBRUARI pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Sehubungan itu, semua sekolah diminta melaksanakan Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah bermula 19 FEBRUARI hingga 31 MAC 2010. Tema sambutan pada tahun ini, " 1 Malaysia Membanteras Dadah". Sila laksanakan aktiviti yang bersesuaian menjurus mesej antidadah. Kerjasama semua sekolah untuk membuat laporan bergambar program dan aktiviti Minggu anti dadah Peringkat sekolah dan dihantar ke PPD Maran (untuk perhatian En Mohd Jasmi bin Jaafar, Pegawai Khas PPDa (DADAH))

KUASA MINDA

Ahli-ahli kuantum fizik melalui kajian mereka bersetuju bahawa tuhan telah menjadikan alam ini dengan pelbagai sistem (contohnya sistem orbit, sistem matahari, sistem masa dan ruang dan pelbagai sistem lagi…) dan kesemua sistem ini dianugerahkan kepada manusia sebagai khalifah bagi menguruskan dunia ini. Hanya dengan kuasa minda melalui kekuatan minda super separa sedar mampu beinteraksi terus kepda sistem ala mini. Minda manusia mempunyai getaran yang mampu mengarahkan sistem alam ini merealisasikan apa yang manusia inginkan. Paling tidak pun sistem tersebut akan datangkan kepada manusia jalan atau peluang bagi mencapai apa yang manusia tersebut inginkan. Minda manusia bukan sahaja mampu menghantar isyarat kepada sistem alam malah minda manusia mampu menggerakkan dirinya sendiri bagi mencapai apa yang mereka impikan. Seseorang yang penakut diubah menjadi berani, yang kurang keyakinan diubah menjadi yakin, yang malas diubah menjadi rajin dan banyak lagi dengan kata lain yang negatif di...