Langkau ke kandungan utama
Pemberi syafaat (recommendation)

Dari Usman bin Affan r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Di hari kiamat, yang memberi syafaat tiga golongan, yaitu para Nabi, kemudian ulama, kemudian syuhada” (H.R. Ibnu Majah).

8 Golongan yang boleh memberikan syafaat di hari Kiamat dengan izin Allah ialah:-
...
Quran (pemberi syafaat yang paling besar kerana ia adalah kalam Allah). Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” Dalam hadith yang lain pula “Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt , bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya“.tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran

Para Malaikat. An-Najm[26] (Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.

Para nabi

Para ulama,

Para wali,

Sidiqin (orang-orang jujur),

Solehin (orang-orang soleh),

Hafiz (orang yang hafal al-quran dan yang beramal dengan ilmunya boleh memberi syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya). Disebut dalam hadith: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan menghafalnya, dia menghalalkan apa yang dihalalkan di dalam al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan di dalam al-Quran, Allah akan memasukkan ke dalam syurga dan dia akan dapat memberi syafaat 10 orang ahli keluarganya yang semuanya adalah ahli neraka.”

Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya syafaatku untuk ummatku yang melakukan dosa-dosa besar. (kecuali mereka yang mati dalam keadaan syirik dan tidak bertaubat darinya)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

sk jengka 2 di persada maya

selamat datang ke alam maya skj2...

KEJOHANAN PING PONG MSSD MARAN

JOHAN P12 NOR ARISSYA QASRINA NAIB JOHAN P9 QAIREEN KE 4 ABDUL HADI